Selamat Datang Salam Perjuangan

>Selamat Datang Salam Perjuangan

Isnin, 25 Jun 2012

Bahasa Rojak Hilangkan Kesantunan Bahasa Melayu


Umum mengetahui bahawa fenomena penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat kian menjadi-jadi ketika ini, hinggakan trend penggunaan bahasa basahan ini sudah sebati dalam kehidupan kita seharian. Kita tidak menafikan bahawa penggunaan rojak ini banyak digunakan oleh golongan-golongan perniagaan atau golongan korporat.

Ditambahkan lagi, menurut Nik Safiah Karim(1981) melalui bukunya pencemaran bahasa satu aspek perkembangan bahasa Malaysia, beliau menyatakan bahawa penggunaan bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Jelas pada hari ini bahawa penggunaan bahasa rojak telah memperlihatkan aspek-aspek penggunaan bahasa yang kurang baik dengan pelanggaran peraturan-peraturan kod-kod bahasa, bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Ha ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu yang telah tersedia elok dengan peraturan-peraturan bahasa yang khusus dan sistem yang balik, namun kita dek kepesatan ekonomi negara bahasa Melayu terus menerima tekanan bahasa Inggeris hinggakan masyarakat terikut-ikut dengan tren tersebut iaitu pencampuran bahasa Melayu Inggeris semasa majlis-majlis rasmi atau pun tidak rasmi.

Selain itu, menurut Awang Sarian dalam bukunya sekitar, isu ‘Bahasa Rojak’: punca, kesan dan kaedah menanganinya. Beliau menyatakan isu bahasa rojak bukanlah isu baru walaupun istilah bahasa rojak agak baharu ketika ini. Hal ini disebabkan dalam ilmu linguistik bahasa rojak dikenali salah satu ragam bahasa yang disebut bahasa pijin dan ragam ini sudah sekian lama ada dalam sejarah pertumbuhan bahasa manusia. Ditambahkan lagi, dalam ilmu sosiolinguistik pula terdapat peralihan kod, iaitu penggunaan unsur bahasa asing pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk frasa, kata dan ayat.

Dalam bahasa Melayu peralihan kod memang kerap berlaku terutamanya dalam situasi tidak formal. Namun kerap juga berlaku dalam keadaan formal seperti di dalam mesyuarat, kuliah dan beberapa wacana rasmi. Ragam bahasa ini di sebut sebagai ragam bahasa basahan, iaitu ragam bahasa yang digunakan untuk urusan tidak rasmi.

Bahasa rojak boleh dikatakan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa bahasan yang sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi. Walau bagaimanapun, apabila bahasa ini digunakan dalam urusan yang tidak rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan isu kesantunan bahasa. Hal ini disebabkan, bahasa Melayu kaya dengan kehalusan bahasa terutama dalam konteks pertuturannya.

Oleh yang demikian, jika bahasa rojak terus menerus mengambil tempat di dalam bahasa Melayu, tidak mustahil satu hari nanti kesantunan bahasa Melayu juga turut terjejas dalam konteks ayat dan sistem panggilannya. Justeru, penggunaan bahasa rojak perlu dibanteras agar bahasa Melayu terus mengambil kesinambungan kegemilangannya.

Artikel ini telah diterbitkan di dalam Berita Harian ruang forum pada 3 mei 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan