Selamat Datang Salam Perjuangan

>Selamat Datang Salam Perjuangan

Rabu, 3 November 2010

Bahasa Iklan Perniagaan Satu Kajian Bahasa Retorik


Pendahuluan

- Perkataan iklan berasal dari bahasa Arab iaitu “ i’lan” yang membawa makna khabar yang disiarkan.

- Iklan terbahagi kepada dua iaitu ikan perniagaan dan iklan pemberitahu.

Iklan perniagaan : khusus untuk melariskan barang jualan sesuatu perniagaan

Iklan pemberitahu : khusus untuk pemberitahu berkenaan tender, jawatan kosong, notis

dan sebagainya.

Matlamat Iklan

- Matlamat iklan perniagaan ialah untuk menjual atau melariskan penjualan supaya barang -barang dapat di jual dengan banyaknya dengan membawa untung kepada pengeluar dan penjual. Hal ini disebabkan hubungan antara penjual dan pengguna tidak ada hubungan kenal mengenali. Bagi mencapai matlamat iklan beberapa kaedah diperlukan seperti kaedah penglihatan, pendengaran dan bahasa. Dalam ketiga - tiga kaedah ini faktor bahasa paling penting sekali bahkan unsur yang paling asas dalam sesuatu iklan.

Matlamat penggunaan bahasa dalam iklan

- Bahasa merupakan elemen penting dalam iklan. Hal ini disebabkan bahasa akan membentuk persepsi bakal pengguna, mengubah sikap, dan akhirnya mempengaruhi tindakan mereka.

- Dalam erti kata yang lainnya iklan akan cuba mengubah pandangan pengguna terhadap sesuatu barangan yang diiklankan, dari tidak tertarik kepada tertarik untuk membelinya. Bagi mengubah persepsi ini bahasa yang digunakan dalam sesuatu iklan perlulah kreatif supaya dapat menarik bakal pengguna tersebut.

Retorik bahasa iklan

- Retorik membawa maksud satu kajian mengenai penggunaan bahasa secara berkesan. Dalam erti kata lainnya keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, atau menerapkan ciri - ciri berkesan dalam bahasa.

- Bahasa iklan dianggap sebagai bahasa yang berpengaruh. Berpengaruh di sini membawa maksud dapat mengubah pandangan bakal pengguna untuk tidak membeli kepada membeli sesuatu barangan tersebut. Dalam konteks ini bahasa dalam iklan boleh dianggap sebagai ‘retorik pengaruhan’.

Kaedah Bahasa Iklan

- Dalam bahasa iklan pelbagai kaedah yang digunakan untuk menimbulkan pengaruh terhadap sasaran atau pun bakal pengguna.

- Kaedah tersebut terbahagi kepada dua iaitu penyataan neutral @ penyataan disertakan dengan nilai.

- Penyataan Neutral : Penyataan yang tidak sertai dengan nilai atau sikap. Melalui penyataan ini iklan yang dipaparkan hanyalah barang- barang itu dan keterangan yang terdapat pada iklan tersebut tidak mewakili pihak pengeluar.

- Contoh: Lampu cap Bintang, Ubat Batuk Cap Kita

- Penyataan Dengan Nilai: Pernyataan iklan yang disertakan dengan nilai sesuatu barang tersebut. Konsep nilai ini terlalu umum untuk menerima pengkhususan. Dalam hal ini, nilai dalam sesebuah iklan boleh dalam bentuk kata sifat seperti enak, lengkap, masyhur, dan juga kata nama seperti pakar. Nilai dalam sesebuah iklan juga boleh dilakukan dengan menghuraikan tentang sesuatu barangan tersebut.

- Di tambahkan lagi, dalam menghuraikan penyataan dengan nilai ini, terdapat hampir 30 jenis nila dalam bahasa iklan. Antaranya ialah:

Konsep ruang konsep waktu konsep tempat asal

Kehandalan ketunggalan perintis

Konsep ciri konsep mekanisme barang kejatian

Perkaitan konsep pengisytiharan umpan

Konsep kealatan pemesraan kenal pasti

Kenal pasti penyakinan doa

Ulasan pertanyaan peringatan

Suruhan silaan & pelawaan gesaan

Konsep ruang

- Konsep ruang yang diketengahkan dalam iklan bermaksud kawasan penyebaran sesuatu iklan tersebut. Ruang ini boleh mencakupi seluruh dunia@ pun kawasan dalam negara sahaja.

- Contoh: Gedung permaidani terbesar di Malaysia

Ke mana sahaja anda pergi…anda dapai X.

X bertaraf antarabangsa.

- Perkataan ke mana sahaja anda pergi dan juga antarabangsa juga meliputi konsep ruang.

Konsep waktu

- Konsep waktu bermaksud lama sesuatu barangan tersebut. Dalam erti kata yang lainnya barang itu tahan lasak, bermutu dan tidak mudah rosak. Pengiklan akan menggunakan pelbagai nama dalam iklannya untuk menunjukkan barang yang diiklankan tahan diuji dan tidak mudah rosak.

- Contoh: Minyak yang digunakan turun - temurun.

Gunakan X ia tahan berminggu - minggu.

Dijamin tidak pecah atau sumbing @ luntur selama 2 tahun.

Konsep berdasarkan tempat asal

- Konsep tempat asal ini bermaksud tempat asal sesuatu barangan itu menjadi kebanggaan. Banyak pengiklan menggunakan cara sedemikian untuk menarik para bakal pengguna.

- Contoh: X diimport khas dari Amerika Syarikat

Mesin jahit dipasang dari Jepun

Perabot dari Itali

Konsep kehandalan

- Konsep kehandalan ini merangkumi dua bahagian iaitu kehandalan berbentuk sifat dan kehandalan berbentuk keupayaan.

( i ) kehandalan berbentuk sifat

- Kehandalan yang berbentuk sifat ini boleh digambarkan dalam kata sifat seperti segar, kukuh, selesa, bergaya, teguh bermutu, serba sempurna, dan sebagainya.

- Contoh: Perkakas hidangan yang teguh memagang janji.

Perabot bermutu tinggi

Pen berdakwat hitam yang sebar sempurna.

( ii ) kehandalan keupayaan

- Kehandalan keupayaan bermaksud keupayaan sesuatu produk itu dengan baik sekali.

- Contoh: X mencuci 3 kali lebih cucian dari sabun biasa.

X menanggalkan kotoran dengan sekali cucian sahaja.

X melegakan sakit kepala dengan segera.

Konsep ketunggalan

- Konsep ketunggalan ini bermaksud barangan yang di iklan tersebut mempunyai ciri - ciri istimewa berbanding dengan barang sama tetapi keluaran dari syarikat lain. Dalam memaparkan ciri ketunggalan ini beberapa kata dipilih seperti tunggal, unik, satu- satunya, tidak persamaan, dan sebagainya.

- Contoh: X tidak ada persamaan dari yang lain

X unik dengan pemutar bersirip

Konsep berdasarkan mekanisme

- Konsep mekanisme ini bermaksud bagaimana sesuatu barangan tersebut ‘memberi khidmat’ atau bergerak. Konsep ini biasanya dapat dilihat dalam iklan mesin @ pun motokar. Dalam iklan ini diselitkan pernyataan sifat dan keupayaan.

- Contoh : Penapis edaran balik membendung benang untuk mencuci dengan lebih bersih.

Tab pakaian yang lebih besar untuk mencuci lebih banyak pakaian.

- Di tambahkan lagi, konsep mekanisme ini di dukung dengan kata nama merujuk kepada alat yang menjalankan mekanisme tersebut seperti pengatur paras air, tab pakaian.

- Selain itu, boleh juga diwakili dengan kata abstrak yang merujuk cara pelaksanaannya seperti kawalan sekali tekan, putaran ikut jam, dan sebagainya.

Konsep kejatian

- Konsep kejatian ini bermaksud sesuatu barangan yang di iklan itu tidak pernah dicemari dengan unsur – unsur lain. Kata – kata yang digunakan dalam iklan berkonsepkan kejatian seperti sejati, tulen, asli, dan murni.

- Contoh: Susu sejati cap tut…

Penyaman udara tulen CY.

Konsep perkaitan konsep

- Konsep iklan yang melibatkan perkaitan berlainan konsep ini dapat dihuraikan iaitu konsep asing yang dimasukkan dalam sesuatu iklan tersebut. Dalam erti kata yang lainnya barang yang di iklan tersebut tidak mempunyai kaitan langsung dengan konsep yang dimasukkan. Konsep asing yang dimasukkan boleh dalam bentuk manusia dan juga acara- acara masyhur.

- Contoh: X minuman rasmi sukan SEA.

Bintang Y memuji kehebatan X.

X peraduan Piala Malaysia.

Konsep perisytiharan

- Konsep perisytiharan ini bermaksud menggunakan kita - kata isytihar bagi memberitahu umum tentang adanya sesuatu yang baru atau istimewa. Biasanya iklan yang menggunakan konsep akan menggunakan perkataan memperkenalkan ,mempersembahkan, kini @ sekarang.

- Contoh: Memperkenalkan Tv warna X

Mempersembahkan kemera baru yang lebih terang gambarnya.

Kini dapat pakaian X di pasar raya – pasar raya berdekatan.

Konsep kealatan

- Konsep alatan ini bermaksud memberi tumpuan kepada barang yang di iklankan sebagai matlamat utama. Maksud ini didukung dengan oleh adverba alat yang terdiri dari rangkai kata dengan + frasa nama.

- Contoh: Dengan mesin basuh X pakaian kekal halus dan licin.

Dengan syampu X rambut anda kekal bersih dan bersinar.

Bentuk Bahasa Iklan

Dalam bahasa iklan terdapat bentuk tertentu yang menggambarkan rangka dalam iklan tersebut. Dalam bahasa iklan terdapat 3 bentuk asas iaitu tajuk iklan, bahagian penjelasan, dan bahagian kesimpulan.

- Bahagian tajuk

Bahagian tajuk merupakan bahagian jelas dipaparkan dalam media cetak. Pada bahagian ini ditulis dengan huruf besar dan diletakkan di bahagian atas @ pun di bahagian tengah iklan. Tajuk biasanya mewujudkan nama barang @ syarikat yang disertai oleh ciri - ciri tertentu dengan kaedah tertentu untuk menarik perhatian bakal pengguna. Bahagian tajuk merupakan bahagian paling penting sekali dalam sesebuah iklan.

Ditambahkan lagi, tajuk iklan boleh dalam bentuk frasa dan bentuk ayat.

Contoh: Boleh saya tolong anda? Bank X

Riang - ria suasana Hari Raya. Supermarket X

- Bahagian penjelasan

Bahagian penjelasan dikemukakan dengan huruf kecil. Pada bahagian ini lebih panjang dan teks yang ditulis akan menerangkan aspek - aspek berkenaan barang, manfaat - manfaat barangan tersebut. Malah, dalam iklan elektronik pada bahagian ini akan dibualkan, dinyanyikan atau di hebahkan.

Pada bahagian ini terdapat pelbagai jenis ayat seperti ayat berita, ayat ajakan, ayat larangan, ayat pertanyaan, ayat suruhan.

Bahagian penjelasan secara ringkasnya merupakan bahagian yang menyampaikan mesej daripada pengeluar kepada bakal pengguna. Hal ini disebabkan melalui iklan bakal pengguna dapat menilai sesuatu barangan tersebut bermutu @ tidak bermutu untuk dibeli.

- Bahagian kesimpulan

Bahagian kesimpulan merupakan bahagian penutup bagi sesebuah iklan. Pada bahagian ini ayat yang digunakan adalah ringkas @ dalam erti kata lainnya ayat yang digunakan lebih berbentuk cogan kata.

Contoh: X lebih halus, lebih bagus.

X kami mementingkan anda.

Bila anda ada X anda lebih bergaya.

Rujukan

Asmah Haji Oma,_____.Bahasa Iklan Perniagaan Satu Kajian Bahasa Retorik.

1 ulasan: