Sabtu, 30 Oktober 2010

SASTERA ISLAM SINAR KEPADA DUNIA SASTERA MELAYU


Makna sastera

Kesusasteraan berasal daripada gabungan kata “su” dan imbuhan “an” yang menjadi kesusasteraan . “su” bermaksud “ indah, baik, lebih berfaedah. “ sastera” huruf atau buku. Gabungan kesusasteraan membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Kumpulan buku yang baik dan indah isinya dinamakan sebagai karya sastera.

Ditambahkan lagi, sastera menjadi lambang kejiwaan bangsa Melayu. Sastera disampaikan melalui medium bahasa dan bahasa yang baik adalah jiwa pemikiran bangsa Melayu. Oleh sebab karya sastera merakam pemikiran bangsa Melayu, maka karya sastera bersifat kreatif dan bukan hanya bersifat pelangkap.

SASTERA ISLAM

Sastera Islam menurut

Shahnon Ahmad : Sastera kerana Allah berhikmah untuk manusia sejagat.

Kassim Ahmad : Sastera yang diciptakan oleh manusia dengan menggunakan bahasa & mengandungi keindahan, kebenaran dan kebaikan mengikut estetika Islam untuk kebaikan manusia.

S Othman Kelantan : satu bentuk kesusasteraan dalam media bahasa khususnya yang bertulis yang menggambarkan cita – cita keislaman sebagai visi menerapkan pengajaran Al – Quran, Al – Hadis & sunnah Rasulullah.

Sejarah perkembangan

- Pada peringkat awal permulaan Islam, perkara yang bertentangan dengan akidah Islam disesuaikan dalam supaya tidak bertentangan seperti yang dilakukan kepada Hikayat Seri Rama.

- Apabila hikayat ditulis dalam tulisan jawi, kata – kata yang tidak sesuai dengan akidah Islam di masukkan dengan perkataan Allah, nabi Adam a.s dan lain- lain ( shellabear, Hikayat seri Rama)

- Selain itu, nama juga ditukar. Contohnya:

Hikayat Marakrama…………….. Hikayat Si Miskin

Hikayat Indra Jaya ……………… Hikayat Syahi Mardan

Hikayat Serangga Bayu ………….. Hikayat Ahmad Muhamad

- Bahasa yang digunakan untuk jalan penceritaan juga turut berubah. Jika dahulu bahasa yang digunakan bercampur baur dengan bahasa Sanskrit – Tamil – Arab, kini mula berubah selepas kedatangan islam.

Bentuk sastera Islam

Dengan kedatangan Islam, sastera Melayu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk sastera yang sebelum ini belum lagi wujud dalam sastera Melayu. Bentuk - bentuk ini diambil dari sumber Arab - Parsi. Antara bentuk tersebut seperti hikayat cerita tatanegara, undang- undang, sastera kitab dan puisi.

- Hikayat: hikayat berasal dari bahasa Arab yang bererti kisah atau cerita yang agak panjang. Hikayat ini boleh di sama ertikan dengan novel Melayu moden. Dalam kategori hikayat terdapat pelbagai cerita seperti kisah nabi- nabi, tokoh pahlawan, dan penyebar- penyebar agama Islam.

- Bentuk cerita : bentuk biasanya lebih pendek daripada bentuk cerita. Boleh disamakan dengan bentuk cerpen Melayu. Malah, dalam bentuk cerita juga disebut juga sebagai hikayat. Contohnya Hikayat Nabi Bercukur, dan Hikayat Abu Syahman.

- Sastera tatanegara: cerita yang berunsurkan sejarah atau aturan sesebuah pemerintahan. Tidak semua fakta yang dimasukkan adalah benar dan bersifat sejarah. Namun banyak unsur Islam dimasukkan seperti Taju’s Salatin dan Bustan Salatin.

- Sastera undang- undang: merupakan aturan pemerintahan yang dikuatkuasakan sama ada di laut atau darat, seperti Hukum Kanun Melaka, Undang – undang Johor, Undang- Undang 99 perak ,dan Undang- Undang Sg Ujong.

- Sastera kitab : sastera keagamaan yang dikarang oleh para ulamak dalam bidang- bidang fikah, usuluddin, dan tasawuf. Banyak terhasil tempat berkembangnya agama islam seperti Pattani, Aceh, Palembang, dan Kelantan

- Bentuk puisi : bentuk puisi boleh disamakan dengan bentuk sajak- sajak moden ketika ini. Bentuk ini masuk ke dalam kesusasteraan Melayu menerusi pengajian ilmiah. Bentuk puisi yang lain seperti nazam, ghazal, dan masnawi.

Tema dan nilai sastera Islam

Dalam jurusan sastera Islam terdapat tema tertentu yang menjadi pilihan sasterawan muslim dengan tujuan untuk mendekat dan memuncakkan lagi dengan nilai- nilai islam. Enam kategori tema utama ialah:

- Meta fizik

- Kenabian

- Keilmuan

- Pendidikan

- Kepahlawanan

- Tema- tema umum yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan